Saturday, July 16, 2011

Nisfu Syaaban malam pengampunan

Diriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda " Barangsiapa berpuasa tiga hari dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah SWT mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah SWT selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

Nabi SAW bersabda " Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah SWT mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit."

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)



Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.


Marilah sama-sama menantikan kehadiran Nisfu Syaaban dan mengambil kesempatan ini untuk memperbanyakkan amalan pada malam tersebut :) Semoga kita semua mendapat pengampunan-Nya. Amin!!

Quotes of the (fri)day

" When one door closes, another opens; but we often look so long and so regretfully upon the closed door that we do not see the one which has opened for us " A. Graham Bell